# truel0ve x)
Thursday, March 31, 2005

kopi,nescafe&...

setelah penat bertungkus lumus memenuhi permintaan universiti untuk menghadiri peperiksaan selama 2 minggu berturut berturut,hehe,akhirnya berjaya juga aku menghadiri kesemua peperiksaan yang dijadualkan :)..yang belom pastinya lagi, adakah aku akan berjaya mendapat kelulusan yang membanggakan untuk subjek2 yang aku ambil..erm,ntahle..aku harap,segala minyak angin aku taruk dekat lutut pasal penat bejalan pagi2 pegi exam,segala minyak cap kapak yang aku taruk dekat dahi pasal pening baca buku (baca ke nko nie!!),segala duit yang aku bagi dekat maksik cafe pasal beli nescafe panas smuanya akan terbalas..keskes..harap2 camtue la..ala studi pon lebih kurang result pon lebih kurang le, ye tak..

apa yang menarik perhatian aku tatkala final exam menjelma nie,smua orang nak minum nescafe..keskes..tak tau le pulak kalau2 perasaan aku je..aku pon turut menhidapi penyakit nescafillitis ni..konon2 nak berjaga malam le..tapi aku nie kalau minum 4cawan nescafe tanpa gula pon tido semacam je..layan lagi..keskes..ada satu adegan dekat cafe yang aku ingat sangat pasal nescafe nih, masa sorang mamat foreigner mintak satu kopi panas bungkus dekat abang sipembikin air..yang abang ni pulak cakap dekat mamat tue, "ermm,we don't have coffee but we do have nescafe"..aku tersenyum je la bila mamat foreigner tue cakap dekat abang tue "it's the same thing"..aku pon terpikir balik rupa2 nya banyak orang lagik yang terkeliru dengan brand dan benda asalnye..kalau sebut je kopi mesti kita terpk kopi yang atuk kita suka minum tuh..sampai itam gigi2..hehe..itu sejenis kopi le, beans nye kot lain, tapi ia tetap kopi, sama je dgn Blue Mountain,Nescafe,Kopi Tumbuk Anjing Laut,Tongkat Ali,,mcm2 lg la..muahaha..

neberr.enddingg.lurrvee at 9:42 PM
+ + +


Saturday, March 12, 2005

khamis

hari rabu lepas adalah satu hari yang agak sukar bagi aku..kenape? heh,pada hari tersebut aku dikejutkan dengan perkhabaran bahawa member aku dirasuk hantu..bukan ape, persoalan hantu ni sudah jarang diperbangkitkan dan diperbincangkan secara serius di kalangan kami seingat aku semenjak kitorang tengok entiti versi indon..heheh,terus hantu2 yang selama ni kitorang respek jadi bahan plak..ye la kepada sesape yang dah tengok cerita tue mungkin korang tengok scene ada sorang mamat 'sang paranormal' menangkap khinzir yang x bersalah lintas depan dia..aduss,kesian khinzir tue..bukannya aku nak mempersoalkan kebenaran kata2 sang paranormal tue pulak..tapi cara yang digunakan oleh sang paranormal tue yang aku x setuju..cara yang mcm mana? korang tengok lah sendiri..

berbalik pada member aku yang kena rasuk tadi, bila aku dengar je berita tue terus aku terkedu..mungkin aku dapat khabaran tue lebih lambat so aku x le pegi bilik dia masa kejadian tue berlaku..tapi lambat sikit la,masa dia dah sedar dah..tapi still terbaring lagi..tapi dari cerita roommate dia, diorang pon x expect dia kena rasuk,diorang ingat dia buat lawak je..siap boleh mintak no ekor lagik! dasat tue..mulala sedutan dari filem entiti tue terbayang dalam kepala hotak aku..biar betol..

tapi bukannye pasal hantu yang aku nak cerita kat cni..tapi pengalaman aku masa tunggu member aku dekat HKL..hari khamis besoknya kaeadan member aku blom lagi stabil..dia x sedar diri maa,kecoh satu mahallah dibuatnya..dan seperti biasa kalau ada kes2 emergency nih,kinik kesihatan dalam uia ni akan refer kes tue ke HKL @ Sepital Selayang..yang x beshnya member aku nih direfer ke HKL..

Kenape x best? mm mungkin aku ada sekelumit idea la pasal karenah2 dkt hkl tue, pasal dua2 orang tua aku penah keje situ..jadi secara kasarnya yang penah aku ingat kalau ada kes2 yang mcm member aku sorang nih, lepas je diorang jalankn prosedur2 biasa dkt ER so sesape pon akan dimasukkan ke wad p2..wad p2 nie pulak lebih kurang tempat transit laa..kalau dalam airport kita boleh jumpa macam2 bangsa kt situ..tapi kalau dekat sepital kita boleh jumpa macam2 makhluk yang sakitnya macam2 jugak..so oleh kerana member aku nih belum pasti lagi sakitnya apa dan menungu giliran untuk dimasukkan ke wad btol, wad p2 akan jadi tempat penginapan sementara dia lah..aku ingat lagi, member aku ni ditempatkan tengah2 lorong orang nak berjalan dan katilnya paras lutut je..alahai sedih siot..macam zaman perang la pulak..malangnya lagik, time tue malam plak, dan macam biasa jugak kena tunggu doktor datang le, sesape yang bercita2 nak jadi doktor maka aku nasihatkan bsiap sedia la mental dan fizikal korang untuk bekeje on-call..adala dalam pulul 1pagi doktor baru sampai..jadi faham2 le macam mana mental diorang..dengan letih tiap2 hari melayan karenah orang,x cukup tdo..sampai je dalam wad tue abis semua patient dia sound..keskes,klakar le jugak sebab dia sound member aku yang x sedar ape tue..ade ke patut dia suruh mamat tue becakap? confirm la x boleh..nasib baik la aku dan budak2 lain memahami,so kami pon slow talk la dgn si doktor tu..last2 boleh jugak kitorang pujuk si doktor td nih utk mempercepatkan lg urusan kawan aku masuk wad..cepat2 pon keesokan pgnye la..so mlm tue byk pengalamn yg kitorang dapat..

pengalaman yaang agak dasat bg aku,masa tgk 3 orang meninggal dalam satu mlm dkt wad tu..pergh sedih siot..smua india..tak tahu nape, majoriti patient dalam wad tue adalah dr kaum india..hmm timbul jgk persoaln dlm kapla otak aku..adakah kaum india ni mengabaikan permasalahan kesihatan atau memang kaum india ditempatkan dalam wad p2 tue..aku pon kurang pasti..so kalau2 pengarah HKL ada termasuk blog nih so bleh la kontek2 ek..keskeskes..lepas je orang ketiga padam,so kitorang decide nak kluar pegi pusing2 kl..ye la membr aku yang sakit tue pon dah sempoi mimpi2..

dekat luar lagi dasat rupa2nya..masih ramai orang lagi yang x igt nak mati..tekejut aku bila si driver mlm tue bwak kitorang ke redlight district..lalu je, skadar menjamu mata :)..apa gunanya keindahan kalau bukan untuk diperhatikan ye tak..isk2 dasat jugak kl ni ek, mengalahkan amsterdam pulak kalau pasal sex nih..ntah aku x tahu nak cakap ape, semua berdarah hidung je tengok pompuan (ke maknyah?) menawarkan khidmat tepi2 jalan dkt brickfields..ape yang pasti, last perkataan yang aku dengar 'wei,mau amoi ka' yang dituturkan apek mane ntah dkt bukit bintang..lps tue sedar2 je dah subuh..lepas solat subuh parent kawan aku sampai dari kedah..kami pon meninggalkn bangunan prasejarah tue yang banyak memberi pngajaran..

aku xnafikan kewujudan benda2 halus nih, tp member aku disahkan menghidap denggi dan sebab dia meracau dan cakap bukan2 -suhu badan dia tinggi..kata kakak nurse yang cun bila kami pegi melawat member aku dua hari lpas tue..

neberr.enddingg.lurrvee at 11:02 AM
+ + +


Friday, February 25, 2005

my first bike



arakian,tersebutlah kisah pada satu ketika dahulu aku berangan-angan untuk memiliki sebuah motorsikal ..hehe..jadi aku tertanya tanya pada diri aku sendiri adakah aku mampu untuk memilikinya..persoalan nak beli ke tanak beli kerap bermain - main di fikiranku..ye la aku ni bukannya orang kaya sangat, kalaulah ditakdirkan scarlett johnson menjadi aweq aku maka xde masalah kiranya untuk aku memiliki hatta sebuah Bufori atau sebuah Bentley..hehehe..jadi impian aku telah menjadi kenyataan..dengan bayaran RM1000 tunai dan Rm 800 hutang aku berjaya memiliki sebuah vespa keluaran piaggio model super 150 berenjin 'puller' a.k.a enjin super veloce..tapi milikan aku terhadap moto tersebut bukan lagi milikan 'tam'..maknanye aku bukanlah lagi pemilik sepenuhnya,sudah tentu oleh kerana hutang yang belum dijelaskan..so aku dah plan semester yang akan datang aku akan bekerja separuh masa di mana2 premis yang menerima aku untuk membanting tulang.. maka secara automatiknya tanggungjawab aku juga bertambah dengan menjadi hambaNya yang kurang amal ibadat,pelajar undang-undang yang kurang bijak,peminat setia pasukan Bolton dan pemilik sebuah vespa supoer 150..

neberr.enddingg.lurrvee at 3:26 PM
+ + +


Thursday, February 24, 2005

penal code,premier league dan Pencipta

dalam 2-3 hari kebelakangan ni baru aku mengerti betapa susahnya menunaikan tanggungjawab..menanggungnya apatah lagi..sekarang masih ada lebih kurang 3 minggu lagi nak final,tapi sebagai seorang pelajar yang berdedikasi macam sem2 yang lepas agak tidak sempurnanya akal kalau aku dah at least 90% prepared..hehehe..pendek kata aku nih jenis yang study last minute jugakler..bukannye xde azam atau keinginan nak buat persediaan lebih awal dan bukan jugak aku xde azam nak dapat dean's list..tiap2 sem ada maa tapi itula ia lebih kepada angan2..deputy dean's list (student affairs) boleh la kot keskes..semua azam dan keinginan tue berlalu macam tue je..mayb tue bukan azam kot? erm ntahle...semalam test Criminal..haha bagi aku Criminal ni subjek yang menarik tapi boleh juga dianggap sebagai killer subjek..kenape? sebab smua orang kata macam tu..tambahan lagi kalau kelas dengan Dr Baha..Dr Baha nih memang aku respek le sebab dia punya penguasaan terhadap subjek ni memang mantap..so nahasla makhluk2 yang x prepare masa klas atau tutorial..ibarat lembu yang menanti masa untuk disembelih la..ala bagi aku dah memang menjadi tanggungjawab kita untuk prepare,atau menjangka soalan2 yang akan ditanya..kate budak law..ecece..cuma teruk skit la nak menjawab soalan2 dan bagi alasan yang melangkaui keraguan yang munasabah..so sama je kalau amik ngan sesape pon..mungkinla ranjau2 sepanjang jalan tue perlu ditempuh lebih sedikit,tapi bak kata kawan sekolah aku dulu "ala pelan2 kayuh kot mana pon sampai jugak"..jadi dah memang aku yang mengagatal tangan isi Undang-undang sebagai pilihan yang pertama masa isi borang UPU dulu..kot mana pon aku kena tempuh segala cabaran,halangan,rintangan mahupun Dr Baha dalam perjalanan aku sebagai seorang pelajar undang-undang yang kurang bijak mencari ilmu2 untuk dijadikan bekalan di dunia dan di akhirat..
dalam kesibukan aku nak buat assignment,prepare untuk test dan macam2 lagi aku masih lagi xdapat mengawal nafsu serakah aku untuk tengok bola..kalau live lagilah..secara automatiknya aku terjaga tengah2 malam buta..walaupun perkara ni jarang2 sekali berlaku masa aku bersemangat nak bertahajjud tapi itulah realitinya..hehe..ala sebelum pegi tgk bola tue at least boleh solat tahajjud dlm dua rakaat ape :)..mungkin minat yang menjadi pendorong aku untuk bersengkang mata tgk bola..aku penah terfikir jugak kalau aku memang dari zaman prasekolah dulu minat nak belajar so mungkin la sekarang ni aku dah jadi seorang student yang berwawasan dan menjadi favourite student..keskes..xpun aku dah belajar undang2 kat UK..di samping belajar, boleh tengok bola,hey 'study hard n play harder' bak kata member aku yang sorang lagik..hmphh berangan lagik..ape2 pon aku harus bijak memikul dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar yang kurang bijak dan peminat setia pasukan Bolton..
walaupun aku seorang Muslim tapi banyak tatacara hidup aku masih lagi tidak berlandaskan kehidupan seorang muslim yang sejati..acapkali tuntutan2 agama dengan sengajanya aku lengah2kan..solat le tue..itu belum dicampur dengan maksiat seharian yang secara konsistennya aku lakukan..bila dihisab balik banyak juga dosa aku ni rupa2nya..sepatutnya aku meletak agama diatas semua perkara..x kira le study ke,tgk bola ke....ape2 pon sebagai seorang muslim yang kurang mempraktikkan ajarannya aku firstly harus kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,mendalami ilmu2 ilmu fardhu ain,tinggalkan maksiat2 seharian aku,taqarrubkan diri aku denganNYa disamping menjadi seorang pelajar yang kurang bijak mendalami ilmu undang-undang dan peminat setia pasukan Bolton..


neberr.enddingg.lurrvee at 6:35 PM
+ + +




makcik cleaner = berry

hehehehe..nubairi,membebel ko ek,mcm makcik cleaner yang tiap2 pagi membebel depan bilik aku je..tapi bagus jugak,secara tak langsung makcik cleaner tue berjaya membuatkan diri ini bangun beribadat dan membuat persediaan untuk menempuh hari2 yang penuh dengan bebelan..keskes..sowwy beb..aku bukan xnak update tapi idea aku ibarat buah pelam muda sebelah kedai Nasi Ayam Mancongkam..kalau awal gugurnya x boleh pakai,kalau lewat plak busuk jadinya..so kena tunggu masa yang sesuai untuk dicurahkan..pendek kata kena ada orang yeng pegi jolok buah tu,baru elok keadaannya,manis isinya,besar fzikalnya..hehehe..(p/s thanks berry sebab menjolok/mengetuk aku untuk mengupdate blog..its about time dude!!) alasan baiiik punya,hehe escapist kan aku ni..

neberr.enddingg.lurrvee at 6:18 PM
+ + +


Thursday, February 17, 2005

14 Feb-->Hari Terharu...ehehe....

Ho,semalam(13) genapla aku 21 tahun.tp rase cam xcaye plak aku dah semakin tua.sebabnye aku rase aku ni mcm xmatang lagi la.pastu byk main2 lagi.tau nak enjoy je.hahaha...mmm,bday tahun ni aku bnyak diberi kejutan terutamanye dari kawan2.mlm tadi,lepas isyak Ash datang bilik.dia bwk Nakiyama Sushi.dia kata dia tau aku suke sushi,sebab tu dia beli.wa...dia kate ni la adiah aku.pastu kitorang pun makan ramai2.mmg teharu gak waktu tu.haha...lepas mkn aku kena pegi bilik kwn aku sebab nak wat assignment(kene submit keesokan harinya).sedang aku wat assignment,kwn aku kol.dia kata nak jumpe aku kat belakang sport complex sebab nak tanye pasal subject icl.aku pun pegi la.sampai2 je kat sana diorang bagi adiah t-shirt kat aku.(tapi,sebenarnye,aku dpt agak sikit2 pasal benda ni)hehe...time kasih mar n fab utk t-shirt yg 'Menarik'.abis jumpe diorg aku pun smbung wat assignment.keesokkannye plak,waktu aku balik dari klas,aku dengar ade orang panggil nama aku(menjerit dari jauh).tgk2,fad rupenye.pastu dia ckp kol 6ptg dia suruh aku gi kat nescafe kiosk n bwk membe2 skali.ha,waktu ni aku dpt agak ade something la yg fad nak wat ni.pastu aku pun kate ok je.aku pun ajak la ilham ngan ash.diorg ok je gak.pastu,aku ajak roomate aku.tp diorg sumer segan sebab xknal ngan fad.las2 aku pun ajakla fauzi skali.tp aku xcakap fad yg ajak.kalo x,konfom dia xnak ikut.haha...padan muke,sampai je kat sane dia marah kat aku,dia kate "apsal ko xckp fad yg wat mkn2 ni,kalo aku tau aku xdtg tadi". waktu aku smpai kat nescafe,fad n puspa da tunggu.aku nmpak cam ade kek je.(dalam hati-hehe...seronoknye) pastu ilham n ash sampai.kitorg pun stat duduk.fad suruh aku bukak kotak kek tu.bile aku bukak je,aku nampak kek yg tertulis "HAPPY 21st BIRTHDAY BERRY-SAN". kek Choc Indulgence.ho,...waktu ni aku terharu sangat.rase tersentuh pun ade gak.sebabnye aku xsangka dpt kek yg besar.kebetulan waktu tu,afzan lalu n kitorg ajak dia join skali.pastu ash tolong nyalekan lilin.diorg suruh aku bediri n diorg nyanyi bday song ramai2.mmg terkedu jugak waktu tu beb.hehe...pastu aku pun tiup la lilin tu.sampai xcukup nafas gakla aku nak tiup lilin tu.pastu potong kek tu.pastu kitorg pun terus makan.memang best sangat2!! afzan blanje aku minum air skali.sambil mkn2,kitorg pun beborak-borak smpi la nak masuk maghrib.aku mmg terharula arini.sampai terbawak2 ke dlm mimpi.hehehe...akhir kata bday aku tahun ni mmg amat best skali dan penuh ngan kejutan.Arigato Ash,Fad utk kejutan ini (^_^) Juga buat Fab, Mar, Afzan, Puspa, Foo, Ilham, Edy, Fauzi, Dhani+Nik, Zaza, Shon, Husna, Pa, dan jugak kepada mereka yg bergelar kawan,rakan dan sahabat.hehe....thanx sumer =)
p/s: pepatah sempena umur aku yg ke 21 " Andai kata aku diberi pilihan antara persahabatan dan percintaan,ketahuilah bahawa akan kupilih kedua-duanya skali"


neberr.enddingg.lurrvee at 5:13 PM
+ + +


Sunday, January 30, 2005

Hujan rahmat

yea...berjumpa lagi kita untuk update blog edisi kali ini.aiya shon...aku lagi yg kena mempebaharui isi kandungan blog ni.aritu hang kata hang nak tolong buatkan.hehe...sori shon(ni yg keberapa kali ni) tapi, xbuat2 lagipun.haha..xdela shon aku memain je.kebetulan aku tgh cek email tadi pastu da xtau nak buat apa2.tu yg aku terpikir nak menulis kat ruangan ni.mari kita mulakan--->hari ni seharian aku berada di UM utk bagi sokongan kat fad n rakan2 dlm jessup international moot competition.tahniah buat fad n rakan2 sebab diorg menang! memang best betol tadi.barula aku jumpe ngan anak ghani patail tu.ingat dia terer tahap cipan.rupa2nye bdk2 uia lagi terer(aku termasuk skali ke x ni) hehe...hmm,aku suke tengok waktu session 2 sbb waktu tu jessuper uia sumer nampak cool je bile diorg dihujani ngan soalan dr judges.diorg dgn rilex je jwb sumer soalan tu.yg uitm lak nampak kabut skit.(walaupun aku xtau facts sbnar case tu,tapi aku akan buat2 faham gak.hehe...(hampeh tul la aku ni).huhu...tapi yang aku xdapat nak lupa waktu time umumkan result.mmg meodi abis la waktu tu.saper xdtg,mmg rugi ;p tapi,yang bestnye,makan kat sini best abis.aku ngan membe aku akan kusyuk je bila time makan.paling bes waktu tgh hari ;p pastu,ptg tetiba hujan.mmg hujan rahmat betol.alamak,aku teringat ade keje nak kena buat ni.tepakse stop dulu.nanti aku tulis lagi.
p/s: shon,aku xpedulik gak.pasni hang punye turn lak yg update blog ni =)


neberr.enddingg.lurrvee at 10:30 PM
+ + +


Saturday, January 15, 2005

mAlaS diSiAnG HaRi


whoa...ngantuk ni.haha...betapa pemalasnye aku ni.arini 15 jan 2005 dan last skali aku update blog ni 3 dis yg lepas.maknenye da sebulan lebih jugakla aku x update blog ni.tapi, kalo nak diikutkan shon lagi pemalas.dia asyik tanya bile aku nak update blog.hampeh ar shon ni.hehe..sorry shon.aku kutuk hang direct lak ;p walaupun camtu, ni xbemaksud yg blog kitorg ni xbest.secara jujurnya zaza,nik n fad dah terharu tgk skin blok kitorg ni.haha...walhal kat skin jek.yg lain xde =) aku tgh dok kt uia lagi ni.mabe balik umah isnin atau selasa.ni sume sebab assgnmnt yg betangguh.so,moral of d story,jgn wat keje btangguh.aku nk kna wat case review utk family ngn icl.pastu nk siapkan assgnmnt utk ikc.ha,ada lagi satu,aku kena siapkan outline utk research paper eap aku.nasib baik semalam mdm eap aku puji aku punye intro n tajuk.dia kata 'quite critical' n 'good effort'.hehe...rase bangga smpi ari ni.wktu tu ade 2 org membe aku ikut skali.tp mdm xpuji diorg.trus membe aku tu marah kat aku dan diorg kata sikap aku arini dah berubah disebabkan pujian yg mdm bg semlm.huhu...ye ke?...aku bukan berubah la.cuma perasaan aku rasa cam...ntahla...ala...kalo org puji kt korg camne korg rase,camtula aku rase.so,mulai dari arini kita mesti mule puji memuji sesama sendiri ;p =) hahaha...hmm,mlm tadi aku tgk cite jepun.it's a secret because i love you.ryoko hirosue blakon.sedap gak citer tu.tp aku xpnah tepikir pun yg director cite tu ade idea nk wat film yg cmtu.sebabnya mmg complicated sgt hidup kalo situasi camtu mmg btol2 belaku.oohh..aku skang ni tgh tgk cite kindaichi.pas abis cari kes,aku nak balik bilik smbung tgk cite tu.bes...tp cam pning skit nak faham sbb subtitle dia agak mengelirukan.ni mesti org jepun yg blom master bm watkan translation tu.tp xpe, miyuki(dia ni suka kat kindaichi) nmpak cute,humble n klakar...jaa...ne.. ;p

neberr.enddingg.lurrvee at 1:57 PM
+ + +



[[ credits *
bl0gger ` bl0gskins ` xmoshi2berryxkun----> shon ` cmidi ` Free Web Page Hit Counters
Ringtones

Our playlists (*_*)

my precious `
hero dishonest `
edora `
reprisal `
vitamin x `
nostalgia `
thestrokes`
specialneeds `
gauge means nothing `
ramli sarip`
kornchonk chaos `
ust shamsuri`


[[* loveex __ `

Energy `
Mag.x such as Play `
Stars `
Internet `
Music `
Comic bookx `

[[* wishlist __ `

Unlimited editions to Play `
All past editions of Play `
Energy wristband [converse] `
Cd burner `
Michael's Dance O.S.T. `
Mp3 `
Laptop `
Niu naii figurine `

[[* feeling __ `


Click the image to get one.

[[* jukebox __`

Hui Zhe Chi Bang De Nu Hai
by Rong Zhu Er


--- c0pyyrighttedd ; [x]
xin xin you yi©

Tagboard code here
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com